<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=4553416552806506532&amp;blogName=Fifi+Noor+Hafiza&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=SILVER&amp;layoutType=CLASSIC&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Ffifinoorhafiza.blogspot.com%2F&amp;blogLocale=en_GB&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Ffifinoorhafiza.blogspot.com%2Fsearch" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>
. Friday, June 26, 2009 Y

BabyKing

Didiklah anak-anakmu itu berlainan
dengan keadaan kamu sekarang kerana
mereka telah dijadikan Tuhan untuk
zaman yang bukan zaman engkau.

-Sayidina Umar al-Khattab-

Labels: ,

It flew away at 6/26/2009 09:17:00 PM |
0 Comments:

Post A Comment



Y Y Y Y Y




. Friday, June 12, 2009 Y

Away... for awhile

Thank you to the people who continue visit my blog.
It really means so much to me!
From now on, I will be temporarily off from blogging untill the delivery of my newborn.
Anyway you are always welcome to follow me on twitter.
Please pray for us, yeah!!
Take care and have a great weekend!
:)
It flew away at 6/12/2009 09:22:00 PM |
5 Comments:

Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah... Amin...

Salam untuk FO, MZ, AS dan AE

By Blogger Kasawari, at Saturday, June 13, 2009 10:00:00 AM  

Salam dari kak linn...tahniah ya Fifi dan Feriz...semoga dia menjadi anak yang soleh buat anda berdua...Aamin...

salam syg dr,
Kak Linn

By Blogger linn21098, at Monday, June 15, 2009 12:08:00 PM  

dear, dah deliver ke? if yes, CONGRATS!!! if not yet, semoga semuanya dipermudahkan.. i pun dok counting days ni.. hihihi! good luck to both of us! take care.... :)

By Blogger The Mrs-Bride, at Monday, June 15, 2009 9:41:00 PM  

Congrats! Found out that you have given birth on 14th June. I found your blog from Google when i was researching on cord blood cell. Not sure whether I should choose StemLife or Cryocord. Mind to share why u have decided to choose stemlife? Thanks!! Rest well..

By Blogger saf, at Tuesday, June 16, 2009 5:19:00 PM  

salam..kak fifi dah selamat bersalin ke..semoga kak fifi sihat d smping suami d anak..Allah sntiasa bersamamu..

By Blogger muni, at Monday, June 22, 2009 5:45:00 PM  

Post A Comment



Y Y Y Y Y




. Wednesday, June 10, 2009 Y

Tak sabarnya!!!

I'm excited!

Sungguh gembira! Can't wait for the moment -when we become a real family!
Sigh... First things I'll say to our baby after salam, would be... oh, so many things I want to say and share with him!

I can't wait to hold him in my arms, hold him close to my face, give him a cuddle, let him feel my skin, to see him looking into my eyes and listening to my voice.

Want to show him how much I love him!

Oh anakanda bonda, bonda is so overwhelming right now!
Another 5 days to go till my due on 15 June, or... would be earlier than that, i suppose so.

To everyone,
I am now a twitt-victim, been having a lot of crazy thoughts and just can't stop twitting. Hahaha...

www.twitter.com/fifinoorhafiza

Labels:

It flew away at 6/10/2009 10:40:00 AM |
0 Comments:

Post A Comment



Y Y Y Y Y




. Wednesday, May 20, 2009 Y

Latihan dan didikan buat zuriat sejak mengandung

Perkongsian Artikel : Mengapa Yahudi Bijak?

Posted by Editor MHM on May 5, 2009


Pandangan saya:
Pada saya cara didikan dan amalan budaya ibu-ibu Yahudi sejak awal mengandung adalah saranan yang sama sepertimana dituntut dalam Islam. Cuma adakah tuntutan itu dijadikan kelaziman dan diamalkan atau tidak, bergantung kepada individu. Bezanya kaum Yahudi membudayakan kaedah yang sangat menggalakkan ini manakala kebanyakan kita hanya sekadar memilih dan tidak memberatkan.

Bersyukur pada Allah dan saya berterima kasih kepada suami yang sangat prihatin dengan didikan bayi sewaktu dalam kandungan. Setiap hari beliau mengingatkan saya untuk berlama-lama dengan PSP sama ada bermain Mind Quiz, Matematik, mendengar lagu dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang telah disimpankan datanya dalam PSP tersebut. Juga cara adab makan seperti memulakan dengan memakan buah-buahan dulu memang ada seperti dalam sunnah Rasulullah. Kami juga menentang perokok dan sedapat mungkin apabila kami makan di restoran, suami akan menegur perokok yang kurang prihatin dengan keadaan saya yang sedang hamil.

Paling penting, banyakkan bersujud sewaktu hamil sangat baik untuk otak bayi dan juga kesihatan ibu yang mengandung. Nasihat saya, rajin-rajinkanlah bangun malam dan berqiamulail bersama suami anda. Selain anda memperoleh pahala menghidupkan malam dengan beribadah kepada Allah, anda dan pasangan juga akan turut dapat persiapkan dan membiasakan diri apabila bakal bayi anda kelak akan selalu terjaga malam minta disusukan.

Mudah-mudahan anak yang dikandung bakal menjadi khalifah agung di dunia dan hamba Allah yang paling taat. Ameen.

Selamat membaca artikel ini!


Oleh Hasbie Muda

Saya ingin berkongsi artikel yang saya perolehi beberapa bulan yang lalu berkaitan bangsa Yahudi.Walaupun blog ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan artikel tulisan saya sendiri, namun pandangan dan intipati tulisan Dr. Stephen Carr Leon ini amat bernilai untuk dikongsi.Ia wajar dijadikan renungan dan muhasabah khususnya untuk memperbaiki kedudukan bangsa dan umat Melayu kita.

Oleh : Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalanihousemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu ‘Mengapa Yahudi Bijak?‘

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang seperti kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olahan manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun.Ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak? Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.
Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian.

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever).

Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh pelajar Fakulti Bisnes dan Fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari Fakulti Perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsetrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang bodoh dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 ! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esai sepanjang 5 mukasurat penuh. Esainya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Cuba fikirkan pula bagaimana keadaan umat Melayu kita. Saya mencadangkan para pembaca (yang belum) agar membaca buku The Malay Dillema tulisan Tun Dr Mahathir bagi memahami keadaan sebenar dan punca-punca kemunduran bangsa Melayu.Walaupun ada beberapa bab yang kurang relevan pada masa ini namun hampir keseluruhan daripada tulisan Tun mampu memberikan satu analisis yang komprehensif tentang dilema dan permasalahan Melayu.

Apabila membandingkan cara didikan orang kita berbanding orang Yahudi terhadap anak-anak semenjak dilahirkan, memang jauh bezanya.Budaya dan sistem nilai kita tidak pernah diperbaiki secara bersunguh-sungguh apatah lagi diperkasakan.Melainkan segelintir Melayu bandar yang terdedah dengan ilmu dan kesedaran, majoriti umat melayu masih melakukan cara hidup yang sama dengan yang lama.
Saya berharap semoga kita lipat-gandakan usaha dalam mengubah bangsa.

Tibalah masanya Kementerian Pelajaran melebarkan peranan dan bidangkuasa mereka dalam mendidik anak bangsa seawal anak di dalam kandungan. Cadangan ini nampak lucu, namun mungkin tidak bagi orang Yahudi .

Labels: ,

It flew away at 5/20/2009 10:20:00 AM |
0 Comments:

Post A Comment



Y Y Y Y Y




.Y

Jadikan Masjid Mesra Belia

Tazkirah Remaja: Jadikan Masjid Mesra Remaja

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

ALHAMDULILLAH! Beberapa hari lalu penulis berkesempatan menziarahi Tanah Suci Makkah dan Madinah untuk menunaikan ibadat umrah.

Pelbagai pengalaman suka dan duka menjadi nostalgia dan memori, bahkan mengisi ibadat supaya lebih bererti.


Daripada pelbagai pengalaman, penulis mahu berkongsi beribadat bersama jemaah yang membawa anak kecil ketika bersolat.

Ramai teringin membawa anak bersama menunaikan ibadat supaya mereka turut merasai keindahan bersama Allah dan memakmurkan masjid.

Melihatkan layanan mesra kepada anak kecil beribadat kadang kala timbul rasa sayu berbanding melihat layanan dingin ahli jemaah di negara kita terhadap kanak-kanak.

Satu ketika, sewaktu bersolat ada anak kecil berlari-lari dan menangis. Tetapi, selepas solat tiada ahli jemaah yang menjeling mereka, jauh sekali memarahi mereka.

Malah, penulis mendapati ada ahli jemaah bermain 'ku cak' dengan kanak-kanak yang menangis tadi. Nampak bahagia dan puas kanak-kanak tadi.

Malangnya, masjid di negara kita gagal berfungsi sedemikian rupa. Di sudut kerahmatan dan kemasyarakatan, banyak masjid kita kurang mesra remaja dan kanak-kanak.

Ramai kanak-kanak dan remaja kurang selesa atau bimbang dengan layanan orang masjid. Takut dimarahi jika tersilap.

Lebih teruk lagi ada masjid membuat penempatan khas untuk kanak-kanak ketika solat. Mereka dijarak dari saf orang dewasa. Ditulis pula papan tanda, 'saf kanak-kanak'.

'Fatwa' seperti ini tidak dinilai dengan penghujahan dalil dan kewarasan akal.

Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah s.a.w bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas agar bersolat di tepi baginda. Kata Ibn Abbas: "Rasulullah bangun bersolat malam. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda. (Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis Anas, maksudnya: "...Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami." (Riwayat al-Bukhari)

Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah s.a.w menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya.

Kata Syeikh Nasir al-Din al-Albani: "Adapun menjadikan saf kanak-kanak di belakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis yang daif ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas."

Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah s.a.w menjadi hujah dalam masalah ini.

Fenomena lain daripada kecelaruan ini, ada orang dewasa sanggup menarik kanak-kanak sedang bersolat keluar dari saf kerana dia hendak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang.

Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika di masjid. Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.

Ada juga pihak masjid tidak suka kanak-kanak terlalu ramai ke masjid. Bimbang nanti mengganggu keheningan jemaah. Dukacita sikap demikian tersimpan di dalam hati sesetengah orang.

Ini kerana sesetengah kita lebih mementingkan menjaga warna permaidani baru daripada berkempen jemaah baru.

Ini semua berpunca daripada 'khurafat' yang disandar kepada fiqah kononnya jika kanak-kanak belum berkhatan bersentuhan dengan orang dewasa, batallah solat. Sebabnya di bawah 'kulit' kanak-kanak itu ada najis kerana belum bersunat.

Dalam hadis Nabi s.a.w, baginda bersabda maksudnya: "Aku mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku segerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya." (Riwayat al-Bukhari)

Lihatlah sikap mesra yang ditunjukkan baginda. Tidak hairan, masjid di zaman itu menjadi tempat terpautnya hati setiap generasi.

Hadis ini juga memberi maksud imam mesti meringankan solatnya, jika makmum ramai di belakangnya. Demikianlah Nabi s.a.w menjaga perasaan ahli jemaahnya.

Adapun kita, jika ada anak menangis, ibunya pasti dipandang sinis. Jangan hairan jika kanak-kanak atau remaja merasai lebih diberi layanan mesra ketika di pusat hiburan, berbanding di masjid.

Kemudian kita 'bising' apabila generasi muda tidak minat dengan masjid.

Justeru, marilah kita melayani mereka kerana kanak-kanak pun ada perasaan. Jika hendak tegur, lakukan dengan kematangan.

Masjid dan surau tempat rahmat, jadi berilah rahmat. Sebagaimana sabda nabi bermaksud: "Bukan daripada kalangan kami sesiapa yang tidak menghormati orang tua dan bukan daripada kalangan kami juga sesiapa yang tidak merahmati budak kecil."

Labels:

It flew away at 5/20/2009 10:17:00 AM |
0 Comments:

Post A Comment



Y Y Y Y Y




. Wednesday, April 29, 2009 Y

Pesanan Luqman Al-Hakim Kepada Anaknya

  1. Wahai anakku! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.

  2. Wahai anakku! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

  3. Wahai anakku! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

  4. Wahai anakku! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

  5. Wahai anakku! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

  6. Wahai anakku! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu.Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

  7. Wahai anakku! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

  8. Wahai anakku! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

  9. Wahai anakku! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

  10. Wahai anakku! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

  11. Wahai anakku! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

  12. Wahai anakku! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam di dalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

  13. Wahai anakku! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.

  14. Wahai anakku! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita lemah.

  15. Wahai anakku! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

  16. Wahai anakku! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuang dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

  17. Wahai anakku! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

  18. Wahai anakku! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.

Labels:

It flew away at 4/29/2009 09:32:00 AM |
2 Comments:

Alhamdulillah...

bakal ayah (feriz) dan juga ibu (fifi) bila ada kelapangan.. boleh leh berpesan pada anak di dalam kandungan.. Insya Allah.. dia dengar dan faham kata2 ayah dan ibunya..

semoga anak yang dilahirkan anak yang soleh/solehah sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya...

By Blogger Kasawari, at Tuesday, May 05, 2009 8:58:00 PM  

wah! lamanya tak pergi blog puan fifi. hehe.

baca pesanan2 ni, boleh le buat modal mengajar esok. hehe

By Anonymous cikgu jawe, at Wednesday, May 06, 2009 8:10:00 PM  

Post A Comment



Y Y Y Y Y




. Sunday, April 05, 2009 Y

Happy Birthday To The Person I Love

2 minggu berturut-turut saya meraikan ‘nyawa’ yang Allah panjangkan dan kurniakan buat 2 insan yang sangat berharga dan dipinjamkanNya buat diri menanam benih syurga, sementara masih hidup di dunia ini.

25 Mac lalu ulangtahun kelahiran ibunda, manakala 3 April lalu ulangtahun kelahiran suami tercinta.

Detik tersebut juga membuatkan diri terfikir apalagi yang boleh dipertingkatkan untuk menyumbang modal pahala di ‘sana’ bersama mereka. Sememangnya saya bersyukur kerana setakat ini telah berjaya membuat keputusan-keputusan hidup yang singkat ini dengan mementingkan kedua-dua insan yang sangat saya sayangi.
Keputusan –keputusan itu juga membuatkan hari ini diri semakin yakin dan kuat berlari. Berlari mengejar masa dan nyawa yang masih bersisa untuk dihalakan kepada keuntungan di ‘sini’ dan di ‘sana’.

Sempena ulangtahun kelahiran 2 insan yang selalu berada di sisi dan sentiasa mengingati saya dalam setiap doa-doa mereka ini, saya juga mendoakan agar kedua-dua insan ini sentiasa dipimpin olehNya dalam setiap hembus dan hela nafas mereka, dirahmati Allah dan diberkatiNya sepanjang masa dan nyawa.

Hanya Allah saja yang membalas setiap bakti dan doa mereka buat saya selama ini…


To Ibu [25th March 2009],
I'm thinking back today on the many happy memories we share, of the times I needed your support and knew that I could count on you...

I'm thinking too of your thoughtful ways and the many things you've done so lovingly through the years...

And I'm reminded how glad I am that you're my mum and how very much I love you.

Happy Magnificent Birthday to My World's Greatest Ibu!


To My Darling Husband [3rd April 2009],
I'm glad there's you to share "me" with!

It's so good to have someone to listen to my dreams...
to make me laugh, to let me cry whenever I need to...

Someone who really cares about what I want to be and do...

Because of you...
I dream bigger, reach higher, feel braver, and love deeper.

But the best part of all is just knowing you love me as I am, the same way I love you...

Happy Birthday Sayang!

Labels: ,

It flew away at 4/05/2009 06:13:00 PM |
3 Comments:

I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U
I LUV U I LUV U I LUV U I LUV U

By Blogger Feriz Omar, at Wednesday, April 08, 2009 2:09:00 PM  

Selamat hari lahir (belated) kepada kedua-duanya.. semoga dimurahkan rezki, dipanjangkan usia, sihat sentiasa, dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.. Amin...

By Blogger Kasawari, at Saturday, April 11, 2009 7:08:00 PM  

hepi bufday bt semua insan2 tersayang Fifi..semuga kekal bhagia d samping mereka yg trsayang...

By Blogger SiS-lin, at Wednesday, April 22, 2009 11:00:00 PM  

Post A Comment



Y Y Y Y Y




. Sunday, March 22, 2009 Y

Family Trees of Prophet Muhammad SAW


Labels:

It flew away at 3/22/2009 03:18:00 PM |
0 Comments:

Post A Comment



Y Y Y Y Y




. Tuesday, March 17, 2009 Y

Doa Selamat Ketika Hamil

Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia. Engkau adalah Zat yang menyihatkan, tiada ubat kecuali ubat daripadaMu yang tidak akan membawa sebarang penyakit.
Ya Allah, bentukkanlah anakku di dalam kandungan dengan bentuk yang baik, tetapkanlah iman ke atasnya dan iman kepada utusanMu.
Ya Allah, keluarkanlah anakku dari kandunganku pada waktu aku melahirkannya nanti dengan mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia orang yang sihat, sempurna, berakal, cerdas, alim dan mengamalkan ilmunya.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkan tubuh badannya, kurniakanlah budi pekerti yang baik padanya. Dan kurniakanlah padanya kefasihan dan kelancaran semasa bercakap dan merdukanlah suaranya untuk membaca Hadis dan Al-Quran supaya mendapat berkat Nabi Muhammad SAW. Segala puji bagi Allah yang menguasai alam ini.

Labels: ,

It flew away at 3/17/2009 08:24:00 PM |
1 Comments:

Amin..

View Profile: Rantong™

By Blogger Rantong, at Tuesday, March 17, 2009 9:29:00 PM  

Post A Comment



Y Y Y Y Y




. Friday, March 13, 2009 Y

lagi entri Fenomena Anak Chow Kit

Masih lagi berbicara tentang topik fenomena pelacuran di ibu kota.
Semalam sewaktu berdiskusi dengan Pengasas Rumah Sinar Salam – Pn. Afidah Ab. Latiff, (saya panggil kak Afidah), banyak kisah-kisah ‘dalam kain’ atau yang tidak diketahui ramai orang mengenai kehidupan hitam pekerja seks dan kanak-kanak berisiko tinggi di Chow Kit.

Saya kerap mendengar dari rakan-rakan wartawan yang pernah membuat tugasan dan liputan mengenai mereka ini. Rata-rata kanak-kanak Chow Kit yang berkeliaran dan terbiar di lorong-lorong hitam itu seakan sudah biasa dengan pekerjaan ibu-ibu mereka.

Ada yang tidur di bawah katil sewaktu ibu mereka sedang melakukan ‘projek’ bersama pelanggan di atas katil, ada yang menunggu di depan pintu luar bilik- menadah tangan untuk mengambil upah dari pelanggan yang sudah selesai urusan dengan ibunya, dan macam-macam lagi kisah sensitif dan tak lalu untuk didengar.

“Mak, nak duit. Along lapar, nak beli nasi/ nak main game!” Antara ayat-ayat yang biasa diucapkan sambil kanak-kanak ini mengetuk pintu bilik ibunya yang sedang melayani pelanggan dari dalam.

Itu semua kisah lazim yang seakan sebati dengan kehidupan mereka.

Namun apa yang paling menyayat hati saya, apabila kak Afidah berkongsi kisah seorang bayi malang yang kini berusia 7 bulan. Sejak dari dalam kandungan, bayi tersebut sudah biasa diberi ‘makan’ dadah oleh si ibu kerana ibunya seorang penagih.

Paling malang, sehingga sewaktu dilahirkan, kak Afidah menceritakan bahawa doktor yang menyambut bayi tersebut terpaksa memberikan morfin kepada bayi itu yang tidak henti-henti menangis! Dos yang diberikan selama 2 minggu itu kemudiannya beransur-ansur dihentikan apabila bayi tersebut sudah boleh menerima susu formula (nak harapkan susu badan ibunya- sudahlah tercemar!).

Sehingga usia bayi itu 2 tahun nanti, barulah pemeriksaan bebas dadah dan virus HIV dapat diperiksa dan disahkan oleh pihak doktor. Begitu zalimnya seorang insan apabila menjadi hamba kepada kegiatan tidak bermoral ini sehingga membiarkan anak-anak mereka turut terjebak.

“Apa yang berlaku seterusnya kepada si ibu?”

Ibu kepada bayi itu; seorang pekerja seks dan penagih dadah berusia 26 tahun kini, masih meneruskan aktiviti dadahnya dan pekerjaannya (kalau boleh ditakrifkan sebagai pekerjaan?).

Di mana letaknya kewarasan dan perikemanusiaan?

Paling tak larat untuk difikirkan, bagaimana senario ini boleh berlaku dalam lingkungan masyarakat kita?

Aduhai…

So next, apa peranan kita selepas ini sebagai masyarakat Malaysia yang prihatin dan penyayang?

Layari http://www.chowkids.org/ dan MotStudio.Fotopages mengenai kanak-kanak malang ini.

Labels: ,

It flew away at 3/13/2009 03:29:00 PM |
0 Comments:

Post A Comment



Y Y Y Y Y







TV Host, A Gorgeous Wife to FerizOmar, Bonda to BabyKing
*wish to be the World's Greatest Super Mom! [who looks like a supermodel *wink*] Ameen!*




I GAVE BIRTH!
I Gave Birth On 15 June 2009 @2:56AM, 3.5kg Weight, 49cm Length
How`s my pregnancy doing?


Y Fifi Noor Hafiza

Noor Hafiza Saharuddin
also known as Fifi
has wide media experiences as a television presenter, broadcast journalist, master of ceremony, model/talent, spokesperson, public awareness campaigner, trainer and as well as entrepreneur. Beginning her career as a television presenter, Fifi has indirectly been able to enhance her knowledge and skills in the field of communication. Her vision is to assist the present generation in acknowledging their self-worth and capabilities so that they may subsequently contribute in terms of knowledge, Budi, and Qaramah Insaniah to the whole world based on humanity. Currently, she is writing motivational and personal development books specifically for today's youth and young executives.

Her Full Profile ♥


Her Email! ♥


Meninggi Tidak Membuang Budi,
Merendah Tidak Membuang Maruah

Di Medan Ini
Diri Mahu
Mengambil dan Memberi
Menerima dan Membahagi

Y Fifi Sayang Kamu Y





Y Fifi In A Glance


  • Grand champion of a reality tv show 'Olay Aspirasiku' TV3 in 2004. She champs the show with the most majority sms votes from her Malaysian fans.
  • Ambassadress & spokesperson for Olay Total White (an international product) for 2005-2006.
  • The Presenter & Broadcast Journalist of the award winning welfare reality TV show BERSAMAMU TV3. Bersamamu TV3 which delves into the issues of poverty and social difficulties among the less fortunate sectors of Malaysian society, was successfully conducted for 6 seasons (equivalent to 80 episodes), and gave Fifi a true meaning for her career as a journalist and presenter.
  • Broadcast Journalist for programme Wanita Hari Ini TV3.
  • The Host for programme Singgah Sahur TV3; a social welfare awareness campaigns during Ramadhan Al-Mubarak for 2005 & 2006.
  • the Host cum Asst. Producer for programme Trek Global aired by Astro Prima 2007. “Trek Global” : the documentary about Muslim minority communities in Europe mainly in Germany and the Netherlands.
  • the Host of WADI – Wang Anda Dan Islam aired by Astro Oasis 2007 (still airing) & schedule to be aired in several of the OIC countries by year 2008. “WADI – Wang Anda dan Islam” : Islamic financing, banking and insurance system.
  • the Host of Forum Perdana Ehwal Islam to be aired by RTM1 on April 2008. This programme was endorsed by The Ministry of Youth & Sports.
  • the Host of a live telecast TV talkshow entitled Fitrah Kasih focusing on humanity and sympathy which is shown on TV1 every Thursday 3-4 pm.
  • One of the main actresses in Telemovie ‘Tentang Bulan’ ia a 26-episode telemovie produced by David Teo – MIG. Fifi holds the role as Cikgu Salmah.
  • Contributing her voice as the main character of an animation series ‘Silang’. Silang is an animation series & adventure of a young eagle that turned orphan after his parents was shot by bounty hunters. Silang will also be the ambassador and icon for Kelab Anak Yatim SeMalaysia.
  • Holds the main role as Laila in a 6-episode telemovie Qasidah Buat Laila directed by Eirma Fatima.


  • MASTER OF CEREMONY (Emcee) CONTRIBUTION:
  • Social Awareness Campaign for Karnival Jom Heboh TV3 in 2005-2006 organized by MediaPrima Bhd.
  • Anggun Muslimah events & programme organized by the state government of Kelantan 2006.
  • Jom Makan Secara Sihat organized by the Ministry of Health at Dataran Merdeka in 2006.
  • Malaysian Emergency Unit of Malaysian Hospital event for doctors.
  • Majlis Minum Petang Silaturrahim bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, organized by Kementerian Pembangunan Wanita. Keluarga & Masyarakat 2008.
  • Anggun Muslimah events & programme organized by the state government of Kelantan 2006.


  • Y Gifted


    Fifi@Olay TV Commercial


    Fifi@Media


    Fifi@TV3


    Fifi @Bersamamu


    Fifi@Astro Oasis


    Fifi@TV9 Busana


    Fifi@Silang




    Y Beautiful Past
    ARCHIVES

    Y Heartaching leavings

    Feriz OmarY MdmZendY ProWarisY Al-IslamY Solat Tiada Kompromi!Y TUN MY UstazZahazanY Sumber.Inovasi.IntelektualY Zaharuddin.netY Kaabah InfoY e-JawiY ...Hazyqa...Y Baby ExpertY Journey Of A BabyY The Mrs-BrideY CrazyBitchWithAttitudeY Master JonosY Si KasawarikuY Uncle JY Kak LinnY Mr.BanjiY Daphne IkingY Ina AliY Aunt NoraY OprahY YummyLiciousY


    Followers



    Y Twitter Updates

      follow me on Twitter


      Y Conversation

      Please do not relay discomfort messages to the "supermom-to-be". TQ.


      ShoutMix chat widget


      Y Visitors Since 5July'07

         



      SOLAT Tiada Kompromi!




      Y Easy to Listen


      Her Music





      Y Happily Ever After

      Designer : FIFI
      Designer's blog : FIFI NOOR HAFIZA

      myspace comments